Sunday, June 6, 2010

LATIHAN SEMASA CUTI SEKOLAH

Salam sejahtera kepada semua murid KRK,
Di bawah ialah pautan kepada soalan-soalan latihan semasa cuti yang perlu disiapkan oleh anda. Sila klik pada link yang berkenaan untuk download soalan. Sila siapkan latihan dan hantar pada 21 Jun 2010 kepada guru matapelajaran masing-masing.

Harap maklum bahawa jika ada guru-guru yang telah mengedarkan soalan di dalam kelas, latihan tersebut tidak dapat diakses melalui laman blog ini.

Bagi pihak guru-guru, saya berharap agar semua murid KRK tidak lupa akan tanggungjawab anda sebagai pelajar walaupun ketika sedang bercuti. Ingatlah bahawa anda sasaran anda, iaitu peperiksaan PMR masih belum selesai.

Menyentuh hal cuti, harap maklum bahawa saya akan mula bercuti selama satu minggu mulai 6 Jun 2010 (Ahad) sehingga 13 Jun 2010 (Ahad). Saya akan berada di luar daerah Kulaijaya sepanjang tempoh itu. Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke Kulaijaya pada minggu kedua cuti, iaitu mulai 14 Jun 2010 (Isnin). Murid-murid dan ibu bapa yang perlu menghubungi atau ingin mengatur temujanji dengan saya untuk urusan KRK boleh menghubungi saya di talian 017-5987697 mulai minggu kedua cuti persekolahan.

Selamat bercuti!

CIKGU ZAKIAH

TINGKATAN 1RK1 DAN 1RK2
TINGKATAN 1 - SCIENCE - PART 1
TINGKATAN 1 - SCIENCE - PART 2

TINGKATAN 2RK1 DAN 2RK2
TINGKATAN 2 - GEOGRAFI
TINGKATAN 2 - LATIH TUBI JAWI (MURID ISLAM SAHAJA)
TINGKATAN 2 - SCIENCE

TINGKATAN 3RK1 DAN 3RK2
TINGKATAN 3 - BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3 - BAHASA INGGERIS
TINGKATAN 3 - GEOGRAFI
TINGKATAN 3 - SCIENCE - PART 1
TINGKATAN 3 - SCIENCE - PART 2
TINGKATAN 3 - SCIENCE - PART 3
TINGKATAN 3 - LATIH TUBI JAWI (MURID ISLAM SAHAJA)