Thursday, December 27, 2012

Pelantikan Penyelaras KRK yang baru

Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa mulai 26 Disember 2012, seluruh ahli jawatankuasa dan pengurusan Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Kulai Besar akan berada di bawah tanggungjawab Puan Norhafizah Binti Ali yang menggantikan Cik Zakiah Shokhaimi yang telah diberikan tugasan lain di SMK Kulai Besar.

Sehubungan dengan itu, Puan Norhafizah Ali sebagai Penyelaras KRK akan bertanggungjawab mengendalikan semua hal-ehwal pengurusan KRK dan murid KRK, termasuklah mengendalikan laman facebook, email dan blog KRK.

Penyerahan tugas daripada Cik Zakiah kepada Puan Norhafizah akan dibuat dalam masa seminggu mulai 26 Disember 2012. Di masa hadapan, murid-murid dan ibu bapa KRK boleh berurusan terus dengan Puan Norhafizah Ali untuk sebarang hal berkaitan KRK.

Saya telah menjalankan tugas sebagai Penyelaras KRK selama 5 tahun, bermula pada tahun yang sama saya memulakan kerjaya di bidang perguruan. Saya menimba banyak pengetahuan dan pengalaman sepanjang tempoh menjalankan tugas sebagai Penyelaras KRK.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada:
  1. Puan Noraini Binti Mohd Nor (bekas Peg. Khas Menengah PPD Kulaijaya. Sekarang bertugas sebagai PPPLD Bahasa di PPD Kulaijaya)
  2. Encik Anuar Bin Jaafar (Peg. Khas Menengah PPD Kulaijaya)
  3. Puan Maslinah Binti Norman (bekas Penyelaras KRK SMK Bandar Putra. Sekarang bertugas sebagai Guru Kanan Bidang Bahasa, SMK Bandar Putra)
  4. Puan Nazila Binti Abdullah (Penyelaras KRK SMK Bandar Putra)
  5. Puan Rahimah (bekas Penyelaras KRK SMK Bandar Tenggara 2)
  6. Puan Junaidah Binti Ruslani (Penyelaras KRK SMK Bandar Tenggara 2)
  7. Puan Masrizan Binti Rahani (Penyelaras KRK SMK Senai)
  8. Cik Noraniza Binti Mohamed (Penyelaras KRK SMK Taman Putri)
  9. Puan Hafizah Binti Abd Wahid (Penyelaras KRK SMK Kelapa Sawit)
  10. Puan Khairiah Binti Ahmad (Penyelaras KRK SMK Kangkar Pulai
  11. Puan Nor Azah Binti Hamid (Penolong Penyelaras KRK SMK Kulai Besar)
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir SMK Kulai Besar dan guru-guru yang telah banyak menyokong dan membantu saya dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Tanpa bantuan anda semua, saya tidak akan berupaya menjalankan tanggungjawab menjaga semua murid KRK.

Saya ingin mengucapkan terima kasih khusus buat Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kulai Besar, Tuan Haji Misran Bin Ali, Encik Mohd Fadzeli Bin Tumiran, Puan Wan Noorlela, Puan Cheah Gaik Choo dan Puan Zaitun yang telah saban tahun banyak membantu saya mengendalikan program-program KRK walaupun di saat-saat terakhir yang sangat sukar.

Ini ialah posting saya yang terakhir di blog rasmi KRK sebelum menyerahkan tugas kepada Puan Norhafizah Ali. Saya mendoakan agar semua murid KRK supaya sentiasa sihat, gembira dan berjaya. Kepada Puan Norhafizah Ali, saya mengucapkan selamat maju jaya. 

"KESUNGGUHAN RAIH KEGEMILANGAN"

Sekian, terima kasih.



CIK ZAKIAH SHOKHAIMI
SMK KULAI BESAR

Friday, December 14, 2012

Senarai Nama Murid Kelas KRK 2013

Salam sejahtera, 
Perhatian kepada semua murid KRK tingkatan 2 dan 3 bagi sesi persekolahan tahun 2013, sila klik pada link di bawah untuk mengetahui kedudukan kelas anda pada tahun hadapan. Harap maklum link di bawah ialah untuk MURID TINGKATAN 3 TAHUN 2013 sahaja. 


Bagi murid KRK tingkatan 2 pada tahun 2013, harap maklum bahawa berikutan pelaksanaan PBS yang telah anda ikuti di tingkatan 1, kedudukan anda adalah kekal dan tidak berubah. Ini bermakna murid 1RK Bestari 2012 akan bergerak ke 2RK Bestari dan murid 1RK Bijak 2012 akan bergerak ke 2RK Bijak.

Sila hantar sebarang pertanyaan dan maklumbalas melalui laman Facebook rasmi KRK SMK Kulai Besar (KRK SMKKB) atau email krk.smkkb.kulai@gmail.com

 Terima kasih.






Logo Design by FlamingText.com