Thursday, December 25, 2008

Pendaftaran Tingkatan 1/Peralihan dan Pembelian Buku Teks

Salam,
Harap maklum beberapa perkara berikut:
  1. Koperasi SMK Kulai Besar akan mula dibuka untuk jualan buku dan peralatan sekolah pada 26 dan 27 Disember 2008, dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Pembelian buku dan peralatan ini ialah untuk pelajar-pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2009.
  2. Pendaftaran untuk pelajar tingkatan 1 dan peralihan adalah pada 2 Januari 2009.
Terima kasih.

Tuesday, December 23, 2008

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN, KRK, SMKA/KAA

Ditulis oleh Noraini bt Mohd Nor
Khamis, 18 Disember 2008 15:50

Tawaran ke Sekolah Kawalan (SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) boleh disemak di sini : www.johordt.gov.my/ppdptn/krk

Tawaran ke SMKA Bandar Penawar dan Kelas Aliran Agama (KAA) boleh disemak dari senarai yang dilampirkan di dalam fail di bawah.

Surat tawaran boleh didapati dari sekolah rendah masing-masing mulai minggu hadapan.
E-Rayuan akan dibuka mulai 22 Disember 2008. Semua rayuan mesti dibuat melalui sekolah rendah masing-masing. Tarikh tutup rayuan ialah pada 10 Januari 2009.

Terima kasih.

SMKA-KAA Kulai 2009.xls

Sunday, December 21, 2008

Pakaian seragam KRK / Uniform KRK

Salam,
Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga dan pelajar KRK, tidak ada perubahan pakaian seragam bagi pelajar KRK. Pakaian seragam pelajar KRK di SMK Kulai Besar akan mengekalkan pakaian seperti pada sesi tahun 2008, iaitu pakaian seragam pelajar menengah yang biasa, kecuali memakai kasut hitam bagi semua pelajar lelaki dan perempuan.

Bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan bukan Islam, dikehendaki memakai tali leher biru (berharga RM8.00) yang boleh dibeli dari koperasi sekolah. Pelajar perempuan Islam dan pelajar bukan Melayu yang memakai baju kurung, tidak perlu memakai tali leher.

Bagi pelajar KRK yang dilantik sebagai pengawas, anda dikehendaki mengikut pakaian seragam pengawas dan tidak perlu membeli tali leher biru KRK.

Sekian untuk makluman,
Terima kasih.

********************************************************************************
Dear all,
With regard to the several enquiries I received recently, please be informed that there will be no changes made to the uniform of KRK students. KRK uniform in SMK Kulai Besar will be the same uniform as worn in 2008, except that all KRK students are required to wear black shoes.

All boys and non-Moslem girls are required to wear blue necktie, which costs RM8.00, available in the school cooperative shop. For girls who want to wear baju kurung (both Malay and non-Malay girls), you are not required to wear the blue necktie.

However, to all KRK students who are appointed as school prefects, the rules of school prefects' official uniform is applied. Hence, school prefects do not have to buy the blue necktie.

Thank you.

**********************************************************************************
Zakiah Shokhaimi
SMK KULAI BESAR
BATU 19, JALAN AIR HITAM
81000 KULAIJAYA, JOHOR
Ph: 017-598 7697
Email:krk.smkkb.kulai@gmail.com
**********************************************************************************