Saturday, January 23, 2010

Cuti berkabung kemangkatan Sultan Johor

Salam,
Harap maklum kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid-murid SMK Kulai Besar, sekolah ganti hari ini (23 Januari 2010, Sabtu) telah ditunda ke satu tarikh lain berikutan kemangkatan baginda Sultan Johor. Oleh itu, diminta semua ibu bapa dan penjaga tidak menghantar anak-anak ke sekolah hari ini. Sekolah ganti sempena perayaan Tahun Baru Cina akan diganti ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.


Sekian, terima kasih.

No comments: