Wednesday, October 29, 2008

Pertandingan Membawa Sepanduk Sempena Hari Kemerdekaan

LAPORAN AKTIVITI
Pertandingan Membawa Sepanduk Sempena Hari Kemerdekaan ke-51
KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
SMK KULAI BESAR

Tarikh : 31 Ogos 2008
Masa : 7.00-10.00 pagi
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

BUTIRAN AKTIVITI
1.0 Pihak PPD Kulai telah meminta penyertaan pihak SMK Kulai Besar dalam Pertandingan Membawa Sepanduk sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

2.0 Guru pembimbing untuk pertandingan ini ialah Cik Hasnah Binti Saad dan Encik Sofian Bin Ijam. Mereka telah bertugas sebagai guru yang melatih pelajar sebelum pertandingan dan juga bertugas membawa dan mengawasi pelajar dari SMK Kulai Besar ke PPD Kulai.

3.0 Seramai 30 orang pelajar KRK telah terlibat dalam pertandingan itu. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1RK1 dan 1RK2.

4.0 Pertandingan berakhir pada kira-kira jam 10.00 pagi.

KEKUATAN AKTIVITI
1. Menanam semangat cintakan negara.
2. Menyemai sikap berdisiplin dan bekerjasama.

KELEMAHAN AKTIVITI
1. -


CADANGAN PEMBAIKAN
1. -

Sekian, terima kasih.



Laporan oleh,
ZAKIAH NURLIANA SHOKHAIMI

*Gambar tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal

Perkhemahan Jati Diri dan Motivasi di Sedili

Laporan Perkhemahan Jati Diri Dan Motivasi

Murid Rancangan Khas Tingkatan 1 Tahun 2008.


Tarikh :18-20 Julai 2008 (Jumaat, Sabtu Dan Ahad)

Tempat :Mutira Motors Resort, Sedili, Kota Tinggi

Anjuran :Unit Kurikulum dan unit Bimbingan & Kaunseling,Sekolah Menengah

Kebangsaan Kulai Besar


Latar belakang

Unit Kurikulum dan unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar merupakan unit yang bergerak aktif menjalankan aktiviti untuk setiap ahli. Pada tahun ini kedua-dua unit ini mengadakan perkhemahan tahunan sebagai satu aktiviti utama. Perkhemahan ini khusus kepada murid-murid Rancangan Khas untuk memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti menarik di luar aktiviti sekolah.


Isi-isi penting

- Perkhemahan pada kali ini telah disertai oleh 62 orang murid Rancangan Khas, 15

orang urusetia yang terdiri daripada murid-murid tingkatan lima dan empat serta diiringi

oleh 12 orang guru pengiring yang bertindak sebagai fasilitator.

- semua yang terlibat telah berkumpul dan membuat pendaftaran di meja urusetia bermula

jam 2.30 petang pada 18 Julai 2008.

- tiba di Mutira Motors Resort, Sedili, Kota Tinggi pada petang tersebut dan aktiviti

perkhemahan terus bermula

-pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ice breaking, latihan dalam kumpulan(LDK),

beach trekking, pertandingan memasak, night activity, permainan pantai, senaman pagi

dan persembahan Malam Kebudayaan.

- pada hari Ahad 20 Julai, majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh pengetua

SMK Kulai Besar, Puan Hajah Zubaidah binti Endot.

- berangkat pulang ke SMK Kulai Besar jam 3 petang dan singgah di Muzium Kota

Tinggi untuk tujuan lawatan.

- tiba di sekolah jam 6 petang.


Laporan oleh,

Cik Norbaizura Binti Abdul Wahab


Melawat Muzium Kota Kulai dalam perjalanan pulang

Pertandingan memasak kari ikan

Murid-murid berkumpul untuk mendengar taklimat
sebelum menjalani aktiviti 'Burung Hantu'

Peserta-peserta perkhemahan mendengar taklimat daripada
Penolong Kem Komanden, Cikgu Nazri (T-shirt merah)
dan Cikgu Zaki (T-shirt kuning)

Khemah murid dan guru yang menyertai perkhemahan

The Star-NiE C4R


LAPORAN AKTIVITI

The Star-NiE Campaign For Rewards (C4R)

KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

SMK KULAI BESAR


Tarikh

:

17 Mac – 13 Jun 2008

Masa

:

-

Tempat

:

SMK Kulai Besar dan SMK Kulai Besar Bandar Putra, Kulai


BUTIRAN AKTIVITI

1.0

Pihak The Star telah menghantar surat memohon penyertaan SMK Kulai Besar dalam pertandingan mencipta poster Campaign For Rewards (C4R).


1.1

Sehubungan itu, pihak SMK Kulai Besar telah membawa 10 orang pelajar, termasuk 5 orang pelajar KRK yang mewakili sekolah dalam kategori Menengah Rendah ke SMK Bandar Putra pada 17 Mac 2008 untuk mendengar taklimat berkaitan.


1.2

Pelajar-pelajar KRK yang terlibat ialah Malini A/P Rajendiran, Nurfatin Binti Abdul Rahman, Nor Haziqah Binti Ismail, Nur Syuhada’ Binti Jamaludin, Noraina Afiqah Binti Khalim.




2.0

Guru penasihat untuk aktiviti ini, Cik Zakiah Nurliana Shokhaimi, telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali sepanjang tempoh 17 Mac hingga 13 Jun dengan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini untuk memastikan pelajar memberi sepenuh komitmen kepada pertandingan ini.


2.1

Pelajar-pelajar telah mengadakan perbincangan sesama sendiri dan telah menghasilkan satu poster bertemakan alam sekitar, dengan menggunakan cat air.




3.0

Pelajar-pelajar juga telah membuat satu kertas projek yang menerangkan tentang beberapa aspek berkaitan poster mereka; simbolik setiap warna dan bentuk, kos penghasilan poster dan penyelidikan yang dibuat sebelum poster itu dihasilkan.




4.0

Guru penasihat telah menghantar poster tersebut ke pejabat The Star pada 12 Jun 2008 untuk penghakiman.


KEKUATAN AKTIVITI

1. Pelajar-pelajar mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan aktiviti.

2. Aktiviti ini merangsang daya fikir dan sikap kerjasama antara pelajar.

3. Aktiviti ini merangsang penggunaan bahasa yang ekspresif di kalangan pelajar.


KELEMAHAN AKTIVITI

1. Kekangan masa – guru pembimbing dan pelajar tidak dapat berjumpa lebih kerap untuk berbincang tentang penyediaan poster dan kertas projek.


CADANGAN PEMBAIKAN

1. Guru dan pelajar diharap dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam penyediaan poster dan peralatan seperti kamera digital dan pengimejan berkomputer.


Sekian, terima kasih.



Laporan oleh,

…………………………………………

(ZAKIAH NURLIANA SHOKHAIMI)


5 orang pelajar KRK SMK Kulai Besar menyertai pertandingan The Star NiE C4R

Belakang dari kiri: Nurfatin, Nur Syuhada’, Nor Haziqah

Depan dari kiri: Malini dan Noraina Afiqah

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah


LAPORAN AKTIVITI

Majlis Perasmian Sambutan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Sekolah

KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

SMK KULAI BESAR


Tarikh

:

15 Ogos 2008

Masa

:

7.20-8.30 pagi

Tempat

:

Dataran perhimpunan SMK Kulai Besar


BUTIRAN AKTIVITI

1.0

Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan SMK Kulai Besar telah meminta penyertaan pelajar KRK dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-51 peringkat sekolah. Sehubungan itu, guru yang terbabit menguruskan majlis perasmian telah memilih dua orang pelajar KRK dari tingkatan 1RK2 untuk mendeklamasikan puisi pada majlis itu.




2.0

Dua orang pelajar yang terpilih ialah Nurul Ainaizzati Binti Rashid dan Nur Aliah Binti Azalam.


2.1

Kedua-dua orang pelajar ini telah dilatih oleh Ketua Bidang Sains dan Kemasyarakatan, Puan Jaemah Binti Ali.


KEKUATAN AKTIVITI

1. Aktiviti ini telah membina ketrampilan diri pelajar untuk bercakap di khalayak ramai.

2. Dapat memupuk kecintaan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

3. Dapat memupuk penghargaan terhadap karya seni dalam bentuk bahasa.


KELEMAHAN AKTIVITI

1. Ada pelajar yang tidak suka dengan aktiviti deklamasi puisi yang mungkin sudah terlalu kerap diadakan.

2. Ramai pelajar tidak memahami maksud puisi yang menggunakan bahasa yang melankolik dan mempunyai banyak kiasan.


CADANGAN PEMBAIKAN

1. Puisi boleh disampaikan dalam bentuk lain; drama, sketsa atau pementasan muzikal.

Sekian, terima kasih.



Laporan oleh,

…………………………………………

(ZAKIAH NURLIANA SHOKHAIMI)


Dua orang pelajar KRK mendeklamasikan sajak

Dari kiri: Ainaizzati, Nur Aliah


CARTA ORGANISASI KRK SMKKB






















Klik untuk paparan lebih jelas

Selamat Datang ke Laman Blog KRK SMK Kulai Besar

Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Kelas Rancangan Khas SMK Kulai Besar. Laman blog ini diadakan atas inisiatif pihak PPD Kulai, dengan tujuan menggalakkan perhubungan yang erat antara ibu bapa, penjaga, guru-guru dan pelajar-pelajar KRK SMK Kulai Besar. Laman blog ini juga bertujuan mengasah kemahiran penulisan di kalangan murid-murid dan meningkatkan keyakinan mereka dalam penulisan yang bakal menjadi tatapan khalayak. Pihak sekolah juga berharap, dengan adanya laman blog ini, dapat memfokuskan tumpuan murid-murid ke arah pemikiran kreatif dan kritis yang bersandarkan kepada akademik.

Program Kelas Rancangan Khas di daerah Kulai bermula dengan dua buah sekolah, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2. Atas permintaan ibu bapa dan pertambahan jumlah pelajar cemerlang UPSR, pihak PPD Kulai telah memperluaskan program KRK ini ke 5 buah sekolah lagi, iaitu SMK Kulai Besar, SMK Taman Putri, SMK Senai, SMK Kangkar Pulai dan SMK Kelapa Sawit.

Di SMK Kulai Besar, terdapat dua kelas KRK, iaitu 1RK1 (32 orang murid) dan 1RK2 (33 orang murid). Di bawah program KRK, murid-murid yang terpilih ini akan menjalani program pendidikan yang setanding dengan sekolah-sekolah berasrama penuh. Pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dan sekaligus menjulang nama SMK Kulai Besar ke arah mencapai visi menjadi sekolah harian terbaik di daerah Kulai menjelang tahun 2012.

Adalah diharapkan agar kita semua dapat bekerjasama dan berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan anak-anak kita ini agar dapat menyumbang ke arah kesejahteraan diri sendiri, masyarakat dan negara.

Salam hormat,
Penyelaras KRK SMK Kulai Besar