Showing posts with label Pengurusan KRK. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan KRK. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Senarai Nama Murid Kelas KRK 2013

Salam sejahtera, 
Perhatian kepada semua murid KRK tingkatan 2 dan 3 bagi sesi persekolahan tahun 2013, sila klik pada link di bawah untuk mengetahui kedudukan kelas anda pada tahun hadapan. Harap maklum link di bawah ialah untuk MURID TINGKATAN 3 TAHUN 2013 sahaja. 


Bagi murid KRK tingkatan 2 pada tahun 2013, harap maklum bahawa berikutan pelaksanaan PBS yang telah anda ikuti di tingkatan 1, kedudukan anda adalah kekal dan tidak berubah. Ini bermakna murid 1RK Bestari 2012 akan bergerak ke 2RK Bestari dan murid 1RK Bijak 2012 akan bergerak ke 2RK Bijak.

Sila hantar sebarang pertanyaan dan maklumbalas melalui laman Facebook rasmi KRK SMK Kulai Besar (KRK SMKKB) atau email krk.smkkb.kulai@gmail.com

 Terima kasih.






Logo Design by FlamingText.com

Saturday, September 22, 2012

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Salam sejahtera, 
Kepada semua murid tingkatan 3 yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi, saya memohon kerjasama anda untuk melipatgandakan usaha di saat-saat terakhir ini.

PMR bukanlah perkara kecil. PMR akan menentukan aliran anda dalam menengah atas pada tahun hadapan. Aliran ini kelak akan mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan anda; kerjaya pilihan, cara hidup, demografi dan juga keperibadian anda. Lebih daripada itu, aliran ini juga akan mempengaruhi jenis kawan-kawan yang akan belajar bersama anda pada tahun hadapan.

Nasihat saya, buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan kepada cita-cita, minat dan keupayaan anda. Saya percaya anda boleh mencapai apa sahaja yang diingini, jika anda berusaha. Saya dan semua guru sentiasa mendoakan kejayaan, kesejahteraan dan kegembiraan anda dan juga keluarga.

Selamat maju jaya.


Logo Design by FlamingText.com

Thursday, September 13, 2012

Program Jejak Gemilang PMR 2012

Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Kulai Besar sedang menjalankan Program Jejak Gemilang untuk 30 orang murid cemerlang dari kelas 3RK Bestari, 3RK Bijak, 3PK dan 3A. Pemilihan murid adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan PMR 2012. Program ini bertujuan untuk membuat persiapan terakhir menjelang peperiksaan PMR akan berlangsung pada 9 Oktober 2012. Kumpulan 30 orang murid ini ialah kumpulan sasaran sekolah untuk mencapai perfect score (7A atau 8A).

Mohon kerjasama semua guru matapelajaran 3RK Bestari untuk bersedia mengendalikan slot matapelajaran masing-masing mengikut jadual yang telah diedarkan. Untuk makluman, semua murid dalam kumpulan ini mesti menghabiskan 5 set soalan ramalan untuk semua matapelajaran PMR.

Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid boleh merujuk Haji Misran Bin Ali, Puan Wan Noorlela Wan Abd Rahman atau Cik Zakiah Shokhaimi untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan program ini.

Sila rujuk di bawah - Jadual Program Jejak Gemilang PMR 2012.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Terima kasih.

Logo Design by FlamingText.com

Friday, April 6, 2012

Kem Nadwah KRK 2012

Salam sejahtera,
Satu program Kem Nadwah KRK Tingkatan 2 akan dijalankan di SMK Bandar Putra, Kulai pada 6-8 April 2012. Semua sekolah KRK dan sekolah kawalan diminta menghantar 20 peserta di kalangan murid tingkatan 2 KRK.

Murid-murid yang terlibat akan dikenakan bayaran RM25.00 setiap seorang. Perbelanjaan ini akan meliputi makan minum dan keperluan aktiviti sepanjang tempoh kem berlangsung.

Kem ini ialah anjuran bersama PPD Kulaijaya dan Majlis Perhubungan KRK Daerah Kulaijaya. Murid-murid yang terlibat boleh muaturun jadual, senarai barang dan buku program Kem Nadwah melalui laman pautan di bawah. Ibu bapa/penjaga murid SMK Kulai Besar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Penyelaras KRK SMK Kulai Besar, Cik Zakiah Shokhaimi.

BUKU PROGRAM KEM NADWAH
 JADUAL PROGRAM
SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA

Terima kasih.


Wednesday, February 29, 2012

Program Jejak Gemilang

Salam sejahtera,
Jawatankuasa KRK SMK Kulai Besar akan menganjurkan Program Jejak Gemilang KRK mengikut ketetapan berikut:
     Tarikh     : 3 Mac 2012 (Sabtu)
     Masa      : 8.00 - 12.00 tengahari
     Tempat   : Kelas Kabin SMK Kulai Besar

Semua ibu bapa murid yang terlibat adalah dijemput untuk hadir menjayakan program dan bertemu dengan guru-guru matapelajaran yang berkenaan. Sila rujuk senarai nama murid di bawah untuk mengetahui jika anak / anak jagaan anda terlibat dengan program ini.

Untuk pengetahuan anda, walaupun program ini bermula pada jam 8.00 pagi, murid adalah dikehendaki hadir sebelum jam 7.20 pagi seperti biasa kerana hari berkenaan ialah hari persekolahan ganti mengikut jadual hari Jumaat. Jika murid telah selesai menjalani program Jejak Gemilang sebelum waktu persekolahan tamat, murid dikehendaki mengikuti program bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling di Makmal Komputer 1. Walaubagaimanapun, ibu bapa dan penjaga hanya perlu hadir untuk bertemu guru sahaja.

Sila hubungi Penyelaras KRK, Cik Zakiah Shokhaimi untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM JEJAK GEMILANG KRK 2012


Wednesday, December 14, 2011

Penempatan Kelas KRK 2012

Salam sejahtera,
Berikut ialah senarai nama penempatan kelas murid-murid kelas KRK (tingkatan 2 dan 3) bagi sesi persekolahan tahun 2012. Penempatan kelas dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:
  1. Nilai Gred Purata Pelajar (GPP) dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
  2. Laporan sahsiah dan maklumbalas guru tingkatan dan guru matapelajaran.
  3. Jantina
  4. Kaum
Keputusan penempatan kelas adalah MUKTAMAD. Nama guru-guru tingkatan bagi semua kelas KRK akan diumumkan pada hari pertama persekolahan sesi 2012. 

Senarai nama murid KRK mengikut kelas tahun 2012 (klik di sini)

Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan

(Petikan dari Laman Web Rasmi SMK Kulai Besar)

Salam sejahtera,
Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan pendaftaran murid baru Tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2012 seperti berikut:

Tarikh   : 30 Disember 2011 (Jumaat)
Masa    : 8.00 hingga 12.00 tghari
Tempat : Kantin Sekolah dan Blok D

Untuk maklumat lanjut sila muaturun dokumen di bawah:
1. Panduan Menyediakan Pakaian Murid
2. Surat makluman pendaftaran murid tingkatan 1 dan peralihan
3. Senarai buku dan alat tulis tingkatan 1

Wednesday, November 16, 2011

Muaturun Surat Kebenaran Mengambil Wang Bantuan RM100.00


Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa pemberian wang bantuan kerajaan untuk murid sekolah berjumlah RM100.00 akan dibuat pada minggu terakhir persekolahan sesi 2011. Murid-murid diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan bersama-sama dengan ibu / bapa / penjaga untuk mendapatkan wang bantuan berkenaan. 

Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir bersama murid, sila sediakan surat kebenaran mengambil wang. untuk dibawa oleh anak ke sekolah untuk mengambil wang bantuan itu. Untuk memudahkan ibu bapa, boleh download format surat dari link di bawah dan isikan dengan lengkap.Murid-murid yang datang tanpa ibu bapa dan tanpa surat kebenaran tidak dibenarkan mengambil wang bantuan. 

Harap maklum bahawa surat yang disediakan ini hanya contoh sahaja. Ibu bapa boleh menulis surat sendiri jika perlu.



Wednesday, September 7, 2011

Jadual Waktu Baru - Mulai 08/09/2011

Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa jadual baru di bawah akan berkuatkuasa esok Khamis (8 September 2011).

Klik untuk paparan lebih jelas



Angka Giliran PMR

Salam sejahtera,
Kepada murid-murid 3RK1 dan 3RK2 yang berminat untuk memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan memerlukan angka giliran anda untuk membuat permohonan online, sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui angka giliran anda. Gabungkan nombor pusat dan nombor giliran untuk mendapat angka giliran sepenuhnya:

Contoh:       Nombor Pusat: JJ029
                   Angka Giliran : K001
                   Angka Giliran Sepenuhnya: JJ029 K001

Untuk makluman semua murid di kelas KRK menggunakan nombor pusat JJ029.

Harap maklum.

Klik untuk paparan lebih jelas

Klik untuk paparan lebih jelas




Monday, August 15, 2011

Permohonan Masuk ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

Salam sejahtera,
Permohonan masuk ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kini telah dibuka. Murid-murid yang ingin memohon ke SBP bagi pengajian tingkatan 4 sesi tahun 2012 boleh memohon secara online di laman web Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.

Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk di papan kenyataan Unit Bimbingan & Kaunseling di tingkat 2 Blok B. Murid-murid yang memohon diminta membuat 3 salinan borang permohonan (simpanan sendiri, simpanan Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan satu lagi dihantar ke sekolah SBP yang dimohon). Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Oktober 2011.

Mohon kerjasama murid-murid yang memohon ke SBP ini supaya dapat memaklumkan kepada Penyelaras KRK - nama murid dan nama SBP yang dimohon untuk tujuan rekod.

Sila rujuk Tuan Haji Misran di Unit Bimbingan & Kaunseling untuk maklumat lanjut. Jawatankuasa KRK SMK Kulai Besar mengucapkan selamat maju jaya.


Image by FlamingText.com

Wednesday, July 13, 2011

Jadual Waktu

Salam sejahtera,
Saya telah letakkan Laman Pautan Jadual Waktu SMK Kulai Besar di laman blog KRK. Laman Pautan itu nanti akan membolehkan semua murid dan ibu bapa melihat jadual semua guru dan semua kelas untuk memudahkan urusan membuat temujanji dengan guru-guru.


Harap maklum bahawa anda tidak perlu mendaftar masuk ke laman jadual waktu itu. Klik terus pada bahagian 'Jadual Waktu' di sebelah kiri dan pilihlah jadual guru atau kelas yang ingin dilihat.

Pihak sekolah berharap agar laman pautan ini akan memudahkan lagi komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.




Image by FlamingText.com

Tuesday, July 12, 2011

Jadual Baru 3RK1 dan 3RK2 - mulai Rabu, 13 Julai 2011

Salam sejahtera,
Berikut ialah jadual waktu P&P yang baru untuk kelas 3RK1 dan 3RK2. Jadual ini akan mula dikuatkuasakan pada hari Rabu 13 Julai 2011. Harap maklum.



Image by FlamingText.com 

Tuesday, June 21, 2011

Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun KRK

Salam sejahtera,
Guru-guru matapelajaran KRK Tingkatan 1-3 boleh memuat turun softcopy format Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun KRK 2011 melalui link di bawah.

Harap maklum bahawa jika tuan-tuan dan puan-puan mengajar subjek yang sama di kedua-dua kelas KRK (cthnya: subjek Matematik 3RK1 dan 3RK2, anda tidak perlu membuat 2 laporan berasingan. Memadailah dengan hanya satu laporan dengan bahagian kelas ditulis '3RK1 dan 3RK2'. Jika ada dua guru berbeza untuk subjek yang sama pada kedua-dua kelas, barulah dua laporan berasingan perlu dibuat.

Download Format Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 KRK

Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Image by FlamingText.com

Monday, December 27, 2010

Jadual Waktu Kelas 3RK1

Salam sejahtera,
Kepada murid-murid yang telah terpilih untuk memasuki kelas 3RK1 pada tahun 2011, harap maklum bahawa jadual waktu persekolahan untuk kelas anda sudah sedia. Sila klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas.

Harap maklum bahawa bagi kelas-kelas KRK yang lain (1RK1, 1RK2, 2RK1, 2RK2 dan 3RK2), saya akan upload jadual anda sebaik sahaja saya selesai bermesyuarat dengan guru-guru tingkatan anda.

Harap maklum bahawa tugas untuk menepati masa dan subjek yang ditetapkan dalam jadual waktu ialah TANGGUNGJAWAB anda. Oleh yang demikian, pihak pengurusan KRK berharap agar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula, anda telah bersedia dengan buku-buku yang diperlukan untuk membolehkan persiapan untuk PMR 2011 bermula serta-merta. Pihak sekolah juga berharap supaya guru-guru tidak perlu lagi membazirkan masa melayani sikap tidak bertanggungjawab segelintir pelajar yang terlupa membawa buku dan tidak menyiapkan kerja sekolah, terutama sekali di kelas-kelas pelajar pilihan seperti kelas-kelas KRK.

Saya memberi jaminan bahawa pengurusan KRK tidak akan berlembut lagi dengan kes-kes seperti ini dan tindakan akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan pencapaian akademik mereka sendiri.

Anda ialah apa yang anda usahakan.



Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH

.

Bayaran Sekolah 2011

Salam sejahtera,
Bagi ibu bapa dan murid yang ingin membuat persediaan persekolahan 2011, berikut dimaklumkan tentang bayaran persekolahan SMK Kulai Besar bagi sesi tahun 2011. Harap maklum bahawa jumlah bayaran yang dikenakan adalah sama untuk semua murid.

Walau bagaimanapun, bagi murid-murid yang akan berada di tahun peperiksaan (Tingkatan 3 dan 5) pada tahun 2011, bayaran tambahan sebanyak RM20.00 dkenakan untuk memudahkan pihak sekolah menguruskan program-program kecemerlangan sebagai persediaan murid menduduki PMR dan SPM.

Sila klik pada gambar untuk melihat surat edaran berkaitan bayaran sekolah ini.

Harap maklum.




Wednesday, December 15, 2010

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR

Salam sejahtera,
Keputusan PMR akan diumumkan pada 23 Disember 2010 (Khamis). Semua calon PMR SMK Kulai Besar boleh mendapatkan keputusan di sekolah mulai jam 10 pagi.

Baca pengumuman Kementerian Pelajaran di Berita Harian Online.

Pihak sekolah menasihatkan agar murid-murid mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan - pakaian sopan dan menutup aurat (bagi murid Islam). T-shirt sekolah dan seluar panjang slack digalakkan.

Murid-murid tidak dibenar memakai pakaian yang tidak sopan seperti seluar pendek dan baju tanpa lengan. Seluar jeans juga tidak dibenarkan.

Murid-murid tidak perlu memakai uniform sekolah.

Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH

Tuesday, December 14, 2010

Kelas KRK 2011 - tingkatan 1 dan 2 KRK

Salam sejahtera,
Berikut ialah petikan berita dari laman web GPK Pentadbiran SMK Kulai Besar, Encik Azman Bin Safii:

"Sila ambil maklum bahawa cadangan awal untuk menukar kelas KRK Tingkatan 1 dan 2 ke sidang pagi tidak dapat diteruskan. Oleh yang demikian pada sesi persekolahan 2011, semua murid tingkatan 3 kekal bersekolah pada sidang pagi, manakala murid KRK tingkatan 1 dan 2 kekal bersekolah pada sidang petang".


Laman web GPK Pentadbiran SMKKB


Harap maklum.

Thursday, November 18, 2010

Senarai nama KRK 2011

Salam sejahtera,

Senarai nama murid KRK untuk kelas-kelas tingkatan 2 dan 3 bagi sesi persekolahan 2011 telah disusun. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat senarai nama berkenaan.

Senarai nama kelas KRK 2011

Harap maklum bahawa penempatan dan penyusunan semula ke kelas-kelas KRK mengambil kira faktor-faktor berikut:

1. Tawaran ke kelas KRK oleh PPD Kulaijaya (berdasarkan keputusan UPSR)
2. Gred Purata Pelajar (GPP) berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2010.
3. Sahsiah dan Disiplin
4. Jantina
5. Kaum
6. Laporan Guru Tingkatan dan guru-guru matapelajaran.

Faktor kedua (sahsiah dan disiplin) adalah SANGAT PENTING dalam KRK. Murid-murid yang mempunyai masalah sahsiah dan disiplin boleh dikenakan tindakan walaupun mempunyai GPP yang baik.

Penempatan ke kelas-kelas KRK diputuskan oleh PPD Kulaijaya sebaik sahaja murid menerima keputusan UPSR. Hanya murid yang menerima tawaran sahaja yang akan diberi keutamaan untuk memasuki kelas KRK. Murid-murid yang tidak menerima tawaran hanya akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di kelas KRK dengan kebenaran bersyarat dari pentadbir, bergantung kepada kekosongan tempat.


Sekian, terima kasih.


CIKGU ZAKIAH

Thursday, October 7, 2010

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 KRK 2011

Salam sejahtera,
Permohonan ke program Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Kawalan untuk murid tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2011 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online (sila klik pautan di bawah):

Permohonan ke KRK, SMKA/KAA dan Sekolah Kawalan

Permohonan dibuka bermula 4 Oktober hingga 31 Oktober 2010. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Encik Anuar bin Jaafar, Pen. PPD Menengah (Murid) di PPD Kulai.

Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH
PENYELARAS KRK SMKKB