Wednesday, July 13, 2011

Jadual Waktu

Salam sejahtera,
Saya telah letakkan Laman Pautan Jadual Waktu SMK Kulai Besar di laman blog KRK. Laman Pautan itu nanti akan membolehkan semua murid dan ibu bapa melihat jadual semua guru dan semua kelas untuk memudahkan urusan membuat temujanji dengan guru-guru.


Harap maklum bahawa anda tidak perlu mendaftar masuk ke laman jadual waktu itu. Klik terus pada bahagian 'Jadual Waktu' di sebelah kiri dan pilihlah jadual guru atau kelas yang ingin dilihat.

Pihak sekolah berharap agar laman pautan ini akan memudahkan lagi komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa.




Image by FlamingText.com

Smartstudy Osman Affan

Pada 12 Julai 2011, sebahagian besar murid KRK tingkatan 1, 2 dan 3 telah menyertai Program SmartStudy yang dikendalikan oleh pakar motivasi, Encik Osman Bin Affan. Program ini memberi penekanan kepada gaya belajar yang betul dan teknik memori yang berkesan.

Syukur, sepanjang pemerhatian saya, murid-murid memberi respon yang baik dan sepenuh tumpuan. Saya berharap agar sikap ini akan berterusan sehingga murid-murid mencapai kejayaan yang diinginkan dan dapat membanggakan ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Bagi pihak jawatankuasa Kelas Rancangan Khas SMK Kulai Besar, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (Tuan Haji Misran, Encik Fadzeli, Puan Wan Noorlela dan Puan Cheah) yang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini. Setinggi-tinggi terima kasih juga buat Encik Osman Affan dan krew-krewnya yang telah menyampaikan input dengan menarik dan berkesan.


Image by FlamingText.com

Tuesday, July 12, 2011

Jadual Baru 3RK1 dan 3RK2 - mulai Rabu, 13 Julai 2011

Salam sejahtera,
Berikut ialah jadual waktu P&P yang baru untuk kelas 3RK1 dan 3RK2. Jadual ini akan mula dikuatkuasakan pada hari Rabu 13 Julai 2011. Harap maklum.



Image by FlamingText.com 

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun KRK

Salam sejahtera,
Guru-guru matapelajaran KRK Tingkatan 1-3 boleh memuat turun softcopy format Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun KRK 2011 melalui link di bawah.

Harap maklum bahawa jika tuan-tuan dan puan-puan mengajar subjek yang sama di kedua-dua kelas KRK (cthnya: subjek Matematik 3RK1 dan 3RK2, anda tidak perlu membuat 2 laporan berasingan. Memadailah dengan hanya satu laporan dengan bahagian kelas ditulis '3RK1 dan 3RK2'. Jika ada dua guru berbeza untuk subjek yang sama pada kedua-dua kelas, barulah dua laporan berasingan perlu dibuat.

Download Format Laporan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 KRK

Terima kasih atas kerjasama cikgu.

Image by FlamingText.com