Wednesday, February 29, 2012

Program Jejak Gemilang

Salam sejahtera,
Jawatankuasa KRK SMK Kulai Besar akan menganjurkan Program Jejak Gemilang KRK mengikut ketetapan berikut:
     Tarikh     : 3 Mac 2012 (Sabtu)
     Masa      : 8.00 - 12.00 tengahari
     Tempat   : Kelas Kabin SMK Kulai Besar

Semua ibu bapa murid yang terlibat adalah dijemput untuk hadir menjayakan program dan bertemu dengan guru-guru matapelajaran yang berkenaan. Sila rujuk senarai nama murid di bawah untuk mengetahui jika anak / anak jagaan anda terlibat dengan program ini.

Untuk pengetahuan anda, walaupun program ini bermula pada jam 8.00 pagi, murid adalah dikehendaki hadir sebelum jam 7.20 pagi seperti biasa kerana hari berkenaan ialah hari persekolahan ganti mengikut jadual hari Jumaat. Jika murid telah selesai menjalani program Jejak Gemilang sebelum waktu persekolahan tamat, murid dikehendaki mengikuti program bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling di Makmal Komputer 1. Walaubagaimanapun, ibu bapa dan penjaga hanya perlu hadir untuk bertemu guru sahaja.

Sila hubungi Penyelaras KRK, Cik Zakiah Shokhaimi untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM JEJAK GEMILANG KRK 2012


Wednesday, December 14, 2011

Penempatan Kelas KRK 2012

Salam sejahtera,
Berikut ialah senarai nama penempatan kelas murid-murid kelas KRK (tingkatan 2 dan 3) bagi sesi persekolahan tahun 2012. Penempatan kelas dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:
  1. Nilai Gred Purata Pelajar (GPP) dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
  2. Laporan sahsiah dan maklumbalas guru tingkatan dan guru matapelajaran.
  3. Jantina
  4. Kaum
Keputusan penempatan kelas adalah MUKTAMAD. Nama guru-guru tingkatan bagi semua kelas KRK akan diumumkan pada hari pertama persekolahan sesi 2012. 

Senarai nama murid KRK mengikut kelas tahun 2012 (klik di sini)

Terima kasih.

Monday, December 12, 2011

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Peralihan

(Petikan dari Laman Web Rasmi SMK Kulai Besar)

Salam sejahtera,
Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan pendaftaran murid baru Tingkatan 1 dan Peralihan tahun 2012 seperti berikut:

Tarikh   : 30 Disember 2011 (Jumaat)
Masa    : 8.00 hingga 12.00 tghari
Tempat : Kantin Sekolah dan Blok D

Untuk maklumat lanjut sila muaturun dokumen di bawah:
1. Panduan Menyediakan Pakaian Murid
2. Surat makluman pendaftaran murid tingkatan 1 dan peralihan
3. Senarai buku dan alat tulis tingkatan 1

Wednesday, November 16, 2011

Muaturun Surat Kebenaran Mengambil Wang Bantuan RM100.00


Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa pemberian wang bantuan kerajaan untuk murid sekolah berjumlah RM100.00 akan dibuat pada minggu terakhir persekolahan sesi 2011. Murid-murid diminta hadir mengikut masa yang ditetapkan bersama-sama dengan ibu / bapa / penjaga untuk mendapatkan wang bantuan berkenaan. 

Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir bersama murid, sila sediakan surat kebenaran mengambil wang. untuk dibawa oleh anak ke sekolah untuk mengambil wang bantuan itu. Untuk memudahkan ibu bapa, boleh download format surat dari link di bawah dan isikan dengan lengkap.Murid-murid yang datang tanpa ibu bapa dan tanpa surat kebenaran tidak dibenarkan mengambil wang bantuan. 

Harap maklum bahawa surat yang disediakan ini hanya contoh sahaja. Ibu bapa boleh menulis surat sendiri jika perlu.



Friday, October 7, 2011

KEM MATEMATIK GEMILANG KRK TINGKATAN 2

Salam sejahtera,
Mohon perhatian murid-murid KRK Tingkatan 2RK1 dan 2RK2; satu program akan diadakan untuk anda, iaitu Kem Matematik Gemilang. Seramai 33 orang murid KRK Tingkatan 2 telah dipilih untuk menyertai kem ini yang akan diadakan pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) di Makmal Komputer 1, SMK Kulai Besar bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. (Sila klik gambar di bawah untuk melihat senarai nama murid yang terlibat dan jadual program).

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Surat makluman ibu bapa dan surat kebenaran ibu bapa akan diedarkan secepat mungkin. Murid dikehendaki mengembalikan surat kebenaran ibu bapa beserta bayaran RM5.00 pada atau sebelum 13 Oktober 2011 (Khamis) kepada Puan Norazah Hamid. Murid-murid terpilih yang tidak hadir ke kem ini akan dipertimbang untuk dikenakan tindakan tatatertib.

Sila hubungi Penyelaras KRK, Cik Zakiah (017-5987697) atau Puan Norazah Hamid untuk maklumat lanjut. Pihak Jawatankuasa KRK mengucapkan terima kasih kepada semua murid dan guru atas kerjasama yang diberikan.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.