Saturday, September 22, 2012

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Salam sejahtera, 
Kepada semua murid tingkatan 3 yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi, saya memohon kerjasama anda untuk melipatgandakan usaha di saat-saat terakhir ini.

PMR bukanlah perkara kecil. PMR akan menentukan aliran anda dalam menengah atas pada tahun hadapan. Aliran ini kelak akan mempengaruhi banyak perkara dalam kehidupan anda; kerjaya pilihan, cara hidup, demografi dan juga keperibadian anda. Lebih daripada itu, aliran ini juga akan mempengaruhi jenis kawan-kawan yang akan belajar bersama anda pada tahun hadapan.

Nasihat saya, buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan kepada cita-cita, minat dan keupayaan anda. Saya percaya anda boleh mencapai apa sahaja yang diingini, jika anda berusaha. Saya dan semua guru sentiasa mendoakan kejayaan, kesejahteraan dan kegembiraan anda dan juga keluarga.

Selamat maju jaya.


Logo Design by FlamingText.com

Thursday, September 13, 2012

Program Jejak Gemilang PMR 2012

Salam sejahtera,
Harap maklum bahawa Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) SMK Kulai Besar sedang menjalankan Program Jejak Gemilang untuk 30 orang murid cemerlang dari kelas 3RK Bestari, 3RK Bijak, 3PK dan 3A. Pemilihan murid adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan PMR 2012. Program ini bertujuan untuk membuat persiapan terakhir menjelang peperiksaan PMR akan berlangsung pada 9 Oktober 2012. Kumpulan 30 orang murid ini ialah kumpulan sasaran sekolah untuk mencapai perfect score (7A atau 8A).

Mohon kerjasama semua guru matapelajaran 3RK Bestari untuk bersedia mengendalikan slot matapelajaran masing-masing mengikut jadual yang telah diedarkan. Untuk makluman, semua murid dalam kumpulan ini mesti menghabiskan 5 set soalan ramalan untuk semua matapelajaran PMR.

Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid boleh merujuk Haji Misran Bin Ali, Puan Wan Noorlela Wan Abd Rahman atau Cik Zakiah Shokhaimi untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan program ini.

Sila rujuk di bawah - Jadual Program Jejak Gemilang PMR 2012.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Terima kasih.

Logo Design by FlamingText.com

Friday, April 6, 2012

Kem Nadwah KRK 2012

Salam sejahtera,
Satu program Kem Nadwah KRK Tingkatan 2 akan dijalankan di SMK Bandar Putra, Kulai pada 6-8 April 2012. Semua sekolah KRK dan sekolah kawalan diminta menghantar 20 peserta di kalangan murid tingkatan 2 KRK.

Murid-murid yang terlibat akan dikenakan bayaran RM25.00 setiap seorang. Perbelanjaan ini akan meliputi makan minum dan keperluan aktiviti sepanjang tempoh kem berlangsung.

Kem ini ialah anjuran bersama PPD Kulaijaya dan Majlis Perhubungan KRK Daerah Kulaijaya. Murid-murid yang terlibat boleh muaturun jadual, senarai barang dan buku program Kem Nadwah melalui laman pautan di bawah. Ibu bapa/penjaga murid SMK Kulai Besar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Penyelaras KRK SMK Kulai Besar, Cik Zakiah Shokhaimi.

BUKU PROGRAM KEM NADWAH
 JADUAL PROGRAM
SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA

Terima kasih.


Wednesday, February 29, 2012

Program Jejak Gemilang

Salam sejahtera,
Jawatankuasa KRK SMK Kulai Besar akan menganjurkan Program Jejak Gemilang KRK mengikut ketetapan berikut:
     Tarikh     : 3 Mac 2012 (Sabtu)
     Masa      : 8.00 - 12.00 tengahari
     Tempat   : Kelas Kabin SMK Kulai Besar

Semua ibu bapa murid yang terlibat adalah dijemput untuk hadir menjayakan program dan bertemu dengan guru-guru matapelajaran yang berkenaan. Sila rujuk senarai nama murid di bawah untuk mengetahui jika anak / anak jagaan anda terlibat dengan program ini.

Untuk pengetahuan anda, walaupun program ini bermula pada jam 8.00 pagi, murid adalah dikehendaki hadir sebelum jam 7.20 pagi seperti biasa kerana hari berkenaan ialah hari persekolahan ganti mengikut jadual hari Jumaat. Jika murid telah selesai menjalani program Jejak Gemilang sebelum waktu persekolahan tamat, murid dikehendaki mengikuti program bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling di Makmal Komputer 1. Walaubagaimanapun, ibu bapa dan penjaga hanya perlu hadir untuk bertemu guru sahaja.

Sila hubungi Penyelaras KRK, Cik Zakiah Shokhaimi untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM JEJAK GEMILANG KRK 2012


Wednesday, December 14, 2011

Penempatan Kelas KRK 2012

Salam sejahtera,
Berikut ialah senarai nama penempatan kelas murid-murid kelas KRK (tingkatan 2 dan 3) bagi sesi persekolahan tahun 2012. Penempatan kelas dibuat berdasarkan faktor-faktor berikut:
  1. Nilai Gred Purata Pelajar (GPP) dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
  2. Laporan sahsiah dan maklumbalas guru tingkatan dan guru matapelajaran.
  3. Jantina
  4. Kaum
Keputusan penempatan kelas adalah MUKTAMAD. Nama guru-guru tingkatan bagi semua kelas KRK akan diumumkan pada hari pertama persekolahan sesi 2012. 

Senarai nama murid KRK mengikut kelas tahun 2012 (klik di sini)

Terima kasih.