Wednesday, October 29, 2008

Pertandingan Membawa Sepanduk Sempena Hari Kemerdekaan

LAPORAN AKTIVITI
Pertandingan Membawa Sepanduk Sempena Hari Kemerdekaan ke-51
KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)
SMK KULAI BESAR

Tarikh : 31 Ogos 2008
Masa : 7.00-10.00 pagi
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

BUTIRAN AKTIVITI
1.0 Pihak PPD Kulai telah meminta penyertaan pihak SMK Kulai Besar dalam Pertandingan Membawa Sepanduk sempena Hari Kemerdekaan ke-51.

2.0 Guru pembimbing untuk pertandingan ini ialah Cik Hasnah Binti Saad dan Encik Sofian Bin Ijam. Mereka telah bertugas sebagai guru yang melatih pelajar sebelum pertandingan dan juga bertugas membawa dan mengawasi pelajar dari SMK Kulai Besar ke PPD Kulai.

3.0 Seramai 30 orang pelajar KRK telah terlibat dalam pertandingan itu. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1RK1 dan 1RK2.

4.0 Pertandingan berakhir pada kira-kira jam 10.00 pagi.

KEKUATAN AKTIVITI
1. Menanam semangat cintakan negara.
2. Menyemai sikap berdisiplin dan bekerjasama.

KELEMAHAN AKTIVITI
1. -


CADANGAN PEMBAIKAN
1. -

Sekian, terima kasih.



Laporan oleh,
ZAKIAH NURLIANA SHOKHAIMI

*Gambar tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal

2 comments:

hafiz said...

mane gmbr nye...

KRK SMK Kulai Besar said...

Mohon kepada pelajar-pelajar yang ada mengambil gambar untuk Pertandingan Membawa Sepanduk ini supaya menghantar gambar kepada Cikgu Zakiah untuk dimuatkan dalam blog ini. Boleh email gambar kepada krk.smkkb.kulai@gmail.com. Terima kasih.

CIKGU ZAKIAH