Wednesday, October 29, 2008

Selamat Datang ke Laman Blog KRK SMK Kulai Besar

Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Kelas Rancangan Khas SMK Kulai Besar. Laman blog ini diadakan atas inisiatif pihak PPD Kulai, dengan tujuan menggalakkan perhubungan yang erat antara ibu bapa, penjaga, guru-guru dan pelajar-pelajar KRK SMK Kulai Besar. Laman blog ini juga bertujuan mengasah kemahiran penulisan di kalangan murid-murid dan meningkatkan keyakinan mereka dalam penulisan yang bakal menjadi tatapan khalayak. Pihak sekolah juga berharap, dengan adanya laman blog ini, dapat memfokuskan tumpuan murid-murid ke arah pemikiran kreatif dan kritis yang bersandarkan kepada akademik.

Program Kelas Rancangan Khas di daerah Kulai bermula dengan dua buah sekolah, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2. Atas permintaan ibu bapa dan pertambahan jumlah pelajar cemerlang UPSR, pihak PPD Kulai telah memperluaskan program KRK ini ke 5 buah sekolah lagi, iaitu SMK Kulai Besar, SMK Taman Putri, SMK Senai, SMK Kangkar Pulai dan SMK Kelapa Sawit.

Di SMK Kulai Besar, terdapat dua kelas KRK, iaitu 1RK1 (32 orang murid) dan 1RK2 (33 orang murid). Di bawah program KRK, murid-murid yang terpilih ini akan menjalani program pendidikan yang setanding dengan sekolah-sekolah berasrama penuh. Pemantauan yang dijalankan dari masa ke semasa diharapkan dapat meningkatkan prestasi murid dan sekaligus menjulang nama SMK Kulai Besar ke arah mencapai visi menjadi sekolah harian terbaik di daerah Kulai menjelang tahun 2012.

Adalah diharapkan agar kita semua dapat bekerjasama dan berganding bahu bagi memastikan kecemerlangan anak-anak kita ini agar dapat menyumbang ke arah kesejahteraan diri sendiri, masyarakat dan negara.

Salam hormat,
Penyelaras KRK SMK Kulai Besar

1 comment:

williamlee said...

Dear Auditor :
Hi , I am William , one of the KRK student- Lee Pik En's parent .

Currently i am working abroad .Congratulation on this blog setup . Appreciate of the article posted that i could well awared of my daugther's activities .

Keep up the good work

Regards,
William Lee