Saturday, November 1, 2008

Karnival KRK - Pidato Bahasa Melayu

LAPORAN AKTIVITI
Pertandingan Pidato Bahasa Melayu
Sempena Karnival KRK Negeri Johor 2008

Tarikh : 31 Oktober - 2 November 2008
Masa : -
Tempat : SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor

BUTIRAN AKTIVITI
  1. Majlis Penyelaras KRK Daerah Kulaijaya telah mengadakan mesyuarat bersama Pegawai Khas Menengah daerah Kulaijaya, Puan Noraini Mohd Nor dan membincangkan tentang Karnival Kelas Rancangan Khas (KRK) negeri Johor.
  2. SMK Kulai Besar telah diminta menghantar wakil untuk pertandingan pidato Bahasa Melayu sempena karnival tersebut.
  3. Penyelaras KRK SMK Kulai Besar, Cik Zakiah Shokhaimi telah merujuk kepada guru Bahasa Melayu KRK, Puan Chong Kwee Chin dan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Rosmawati Zukni tentang pemilihan pelajar.
  4. Cik Zakiah telah membuat pengumuman tentang pertandingan di kelas-kelas KRK, 1RK1 dan 1RK2, dan meminta seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan menawarkan diri untuk bertanding.
  5. Dua orang pelajar, Muhammad Izzuddin bin Zulfadzly (1RK1) dan Nurul Ainaizzati Binti Rashid (1RK2) telah menawarkan diri. Penyelaras kemudiannya telah menerangkan peraturan pertandingan kepada peserta dan Panitia BM.
  6. Kedua-dua pelajar diletakkan di bawah pengawasan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Cik Rosmawati Zukni dan menjalani proses pemilihan bahan, penulisan teks dan latihan secara intensif.
  7. Hasil perbincangan antara Penyelaras KRK dan Panitia BM telah bersetuju bahawa Penyelaras akan bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal pendaftaran peserta dan mendapatkan kebenaran ibu bapa pelajar, manakala Panitia BM akan bertugas melatih peserta.
  8. Pada 31 Oktober 2008 (Jumaat), Cik Zakiah dan Cik Rosmawati Zukni telah membawa kedua-dua peserta ke SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.
  9. Taklimat tentang perjalanan karnival dan keselamatan penginapan telah diberi oleh pihak urusetia pada malam tersebut (31 Oktober).
  10. Peserta-peserta kemudiannya dipecahkan mengikut acara pertandingan masing-masing bagi mendengar taklimat secara berasingan. Izzuddin dan Ainaizzati telah menghadiri sesi taklimat dengan ditemani oleh kedua-dua guru pengiring.
  11. Pada hari pertandingan, Cik Rosmawati selaku guru yang melatih telah memberi kata-kata semangat dan beberapa tips sebagai persediaan terakhir kepada kedua-dua peserta.
  12. Selepas proses pengundian, Ainaizzati mendapat giliran nombor 10 dan Izzuddin mendapat giliran nombor 16. Ada seramai 20 orang peserta kesemuanya. Selepas selesai pidato topik perdana (Kesungguhan Raih Kegemilangan), peserta diminta mencabut topik spontan. Ainaizzati mendapat topik "Sikap bersungguh-sungguh melahirkan pelajar cemerlang" dan Izzuddin mendapat topik "Kepentingan pengurusan masa".
  13. Pertandingan tamat jam 12.30 tengahari. Keputusan akan diumumkan pada hari terakhir karnival, 2 November 2008 (Ahad).

KEKUATAN AKTIVITI
  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana dalam program KRK yang menggalakkan penyertaan aktif para pelajar dalam pelbagai aktiviti.
  2. Membangunkan ketrampilan diri pelajar.
  3. Membina keyakinan diri dalam berkomunikasi.
  4. Meluaskan jaringan sosial antara pelajar-pelajar KRK seluruh negeri Johor.
  5. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu formal yang gramatis.
  6. Membina kemahiran berfikir secara pantas dan menggalakkan budaya membaca bahan-bahan ilmiah.
  7. Ada peserta yang benar-benar menampilkan skil berpidato yang sangat baik dan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada peserta-peserta baru yang tidak ada pengalaman dalam pertandingan pidato.

KELEMAHAN AKTIVITI
  1. Hampir semua peserta masih menggunakan teknik lama dalam berpidato yang mempunyai intonasi suara yang tipikal dan tidak realistik, menggambarkan teknik komunikasi yang tidak meyakinkan. Adalah dicadangkan supaya guru-guru bahasa Melayu memberi pendedahan tentang cara berpidato yang betul dengan mengambil contoh pertandingan pidato Bahasa Melayu peringkat antarabangsa.
  2. Ramai peserta membuat pergerakan badan yang tidak sesuai kerana terikut-ikut dengan intonasi suara sehingga ada peserta yang kelihatan seperti terloncat-loncat atau menari 'quick step' di hadapan pendengar.

LEMBARAN MINDA

Agak hairan dan lucu juga mendengar intonasi suara pelajar yang hampir sama kesemuanya, seolah-olah mereka pernah membuat latihan bersama-sama. Rasa ingin tahu begitu membuak-buak; dari manakah gaya pidato begitu timbul? Siapa yang memulakan gaya pidato sedemikian?

Saya berpendapat, pidato hanyalah bagaimana meyakinkan pendengar tentang idea pemidato. Ia hanya tentang bagaimana pemidato memberitahu pendengar bahawa "aku betul". Benar, untuk berkomunikasi dengan betul, intonasi suara dan pembentukan ayat haruslah berkesan, tapi perlukah kita menggunakan intonasi suara yang tidak realistik?

Bahasa yang digunakan juga menarik. Frasa-frasa seperti 'sidang intelek yang dihormati', 'penjaga masa yang setia dengan jam randiknya', 'para hakim yang teguh di atas neraca keadilan', 'hakim yang arif lagi bijaksana' dan lain-lain, kedengaran begitu keterlaluan, apalagi bila digabungkan dengan intonasi yang secara realistiknya, tidak membantu untuk meyakinkan pendengar dengan idea si pemidato.

Barangkali ada baiknya jika kita memperkenalkan stail pidato yang bersahaja, ringkas, menggunakan bahasa dan intonasi yang normal tetapi mempunyai idea-idea yang baru, segar dan terhasil dari pemikiran pelajar sendiri.


Blogger: Berapa kali agaknya cikgu mendengar nama Datuk Muszaphar Sheikh Shukor dan Datuk Nicol Ann David hari itu?


Urusetia memberi taklimat kepada peserta-peserta pidato

Urusetia memberi taklimat kepada peserta-peserta pidato

Urusetia memberi taklimat kepada peserta-peserta pidato

Urusetia pertandingan pidato berbincang

Urusetia memberi taklimat kepada peserta-peserta pidato

Wakil daerah Kulai untuk pertandingan pidato sempena Karnival KRK
dari SMK Kulai Besar; Izzuddin (belakang) dan Ainaizzati (T-shirt jingga)

Urusetia memberi taklimat di Dewan Sri Gemilang
SMK Dato' Penggawa Barat pada malam 31 Oktober berkaitan
perjalanan karnival dan keselamatan di asrama

Urusetia memberi taklimat di Dewan Sri Gemilang
SMK Dato' Penggawa Barat pada malam 31 Oktober berkaitan
perjalanan karnival dan keselamatan di asrama

Wakil SMK Kulai Besar (Izzuddin - T-shirt berjalur putih)
mendengar taklimat di Dewan Sri Gemilang
SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian

Wakil SMK Kulai Besar (Ainaizzati - T-shirt jingga)
mendengar taklimat di Dewan Sri Gemilang
SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian

Hakim-hakim untuk pertandingan pidato Bahasa Melayu

Ibu bapa peserta yang hadir

Guru-guru pengiring (Cik Rosmawati Zukni dari
SMK Kulai Besar - baju kurung kuning)

papan latar di bilik pertandingan pidato Bahasa Melayu

peserta-peserta pidato Bahasa Melayu dari seluruh negeri Johor

peserta-peserta pidato dari seluruh negeri Johor

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Ainaizzati, tingkatan 1RK2

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Ainaizzati, tingkatan 1RK2

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Izzuddin, tingkatan 1RK1

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Izzuddin, tingkatan 1RK1

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Izzuddin, tingkatan 1RK1

Wakil pidato Bahasa Melayu bagi daerah
Kulaijaya dari SMK Kulai Besar, Izzuddin, tingkatan 1RK1


No comments: