Monday, December 27, 2010

Jadual Waktu Kelas 3RK1

Salam sejahtera,
Kepada murid-murid yang telah terpilih untuk memasuki kelas 3RK1 pada tahun 2011, harap maklum bahawa jadual waktu persekolahan untuk kelas anda sudah sedia. Sila klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas.

Harap maklum bahawa bagi kelas-kelas KRK yang lain (1RK1, 1RK2, 2RK1, 2RK2 dan 3RK2), saya akan upload jadual anda sebaik sahaja saya selesai bermesyuarat dengan guru-guru tingkatan anda.

Harap maklum bahawa tugas untuk menepati masa dan subjek yang ditetapkan dalam jadual waktu ialah TANGGUNGJAWAB anda. Oleh yang demikian, pihak pengurusan KRK berharap agar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula, anda telah bersedia dengan buku-buku yang diperlukan untuk membolehkan persiapan untuk PMR 2011 bermula serta-merta. Pihak sekolah juga berharap supaya guru-guru tidak perlu lagi membazirkan masa melayani sikap tidak bertanggungjawab segelintir pelajar yang terlupa membawa buku dan tidak menyiapkan kerja sekolah, terutama sekali di kelas-kelas pelajar pilihan seperti kelas-kelas KRK.

Saya memberi jaminan bahawa pengurusan KRK tidak akan berlembut lagi dengan kes-kes seperti ini dan tindakan akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan pencapaian akademik mereka sendiri.

Anda ialah apa yang anda usahakan.



Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH

.

No comments: