Wednesday, December 29, 2010

Office 2003 vs Office 2007

Salam sejahtera,
Pernahkah anda mengalami masalah untuk membuka fail Office yang diperoleh dari rakan anda?

Perbezaan versi Microsoft Office boleh menyebabkan sesetengah fail tidak boleh dibuka. Jika anda menggunakan Office 2003, anda mendapati anda tidak dapat membuka fail Word/Excel/PowerPoint yang di hujungnya tertulis .docx. (.docx) digunakan untuk fail yang di'save' dengan Office 2007. Jika fail itu di'save' dengan Office 2003, di hujung nama fail akan tertulis .doc.

Office 2007 boleh membuka Office 2003, tetapi Office 2003 (.doc) tidak boleh membuka Office 2007 (.docx). Inilah masalahnya.

Jika anda menggunakan Office 2003 dan kerap mengalami masalah ini, jangan khuatir. Fail anda masih boleh dibuka. Ikuti langkah di bawah ini untuk membuka fail .docx anda.

Download FileFormatConverters.exe

1. Download installer FileFormatConverters.exe melalui link di atas.
2. Save download itu di desktop.
3. Double-klik pada installer itu, dan install FileFormatConverters.exe dalam komputer anda.
4. Setelah selesai, tutup semua aplikasi dan restart komputer anda.
5. Sekarang, cuba buka fail .docx anda itu. Insya-Allah fail itu sudah boleh dibuka dan dibaca.

Selepas anda install FileFormatConverters.exe ini, tugas anda menjadi lebih mudah kerana tidak perlu lagi menukar bahagian 'save as type' kepada 'Office 2003' apabila anda hendak save tugasan anda. Anda hanya perlu save sahaja seperti biasa, kerana FileFormatConverters sudah mengubahsuai Microsoft Office anda supaya anda boleh membuka kedua-dua fail .docx dan .doc dengan mudah.

Aplikasi ini tidak perlu diinstall berkali-kali. Anda cuma perlu install sekali sahaja. Tetapi jika anda format komputer anda, anda perlu install sekali lagi. Installer FileFormatConverters.exe itu boleh disimpan, supaya jika anda perlu menginstall sekali lagi, anda sudah tidak perlu download installer itu lagi.

Selamat mencuba.


CIKGU ZAKIAH

.

Monday, December 27, 2010

Jadual Waktu Kelas 3RK1

Salam sejahtera,
Kepada murid-murid yang telah terpilih untuk memasuki kelas 3RK1 pada tahun 2011, harap maklum bahawa jadual waktu persekolahan untuk kelas anda sudah sedia. Sila klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas.

Harap maklum bahawa bagi kelas-kelas KRK yang lain (1RK1, 1RK2, 2RK1, 2RK2 dan 3RK2), saya akan upload jadual anda sebaik sahaja saya selesai bermesyuarat dengan guru-guru tingkatan anda.

Harap maklum bahawa tugas untuk menepati masa dan subjek yang ditetapkan dalam jadual waktu ialah TANGGUNGJAWAB anda. Oleh yang demikian, pihak pengurusan KRK berharap agar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula, anda telah bersedia dengan buku-buku yang diperlukan untuk membolehkan persiapan untuk PMR 2011 bermula serta-merta. Pihak sekolah juga berharap supaya guru-guru tidak perlu lagi membazirkan masa melayani sikap tidak bertanggungjawab segelintir pelajar yang terlupa membawa buku dan tidak menyiapkan kerja sekolah, terutama sekali di kelas-kelas pelajar pilihan seperti kelas-kelas KRK.

Saya memberi jaminan bahawa pengurusan KRK tidak akan berlembut lagi dengan kes-kes seperti ini dan tindakan akan diambil ke atas pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan pencapaian akademik mereka sendiri.

Anda ialah apa yang anda usahakan.



Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH

.

Bayaran Sekolah 2011

Salam sejahtera,
Bagi ibu bapa dan murid yang ingin membuat persediaan persekolahan 2011, berikut dimaklumkan tentang bayaran persekolahan SMK Kulai Besar bagi sesi tahun 2011. Harap maklum bahawa jumlah bayaran yang dikenakan adalah sama untuk semua murid.

Walau bagaimanapun, bagi murid-murid yang akan berada di tahun peperiksaan (Tingkatan 3 dan 5) pada tahun 2011, bayaran tambahan sebanyak RM20.00 dkenakan untuk memudahkan pihak sekolah menguruskan program-program kecemerlangan sebagai persediaan murid menduduki PMR dan SPM.

Sila klik pada gambar untuk melihat surat edaran berkaitan bayaran sekolah ini.

Harap maklum.




Friday, December 24, 2010

KRK SMKKB - PMR 2010

Salam sejahtera,
Tahniah kepada calon-calon KRK SMKKB yang menduduki PMR 2010 atas keputusan yang cemerlang. Perlu dimaklumkan bahawa kita berjaya mencapai target Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya. Buat pertama kalinya dalam sejarah SMK Kulai Besar menguruskan calon-calon KRK untuk PMR dan pencapaian semua calon untuk penampilan pertama ini sangat membanggakan.

Sebagai Penyelaras KRK, saya berpendapat walaupun masih ada banyak ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki, pencapaian kali ini adalah memberangsangkan. Inilah suntikan semangat buat semua guru dan calon-calon KRK yang akan menduduki PMR pada tahun-tahun yang akan datang. Bagi pihak Pengetua dan pentadbir SMKKB dan semua guru KRK, saya mengucapkan tahniah kepada semua calon.

Ucapan tahniah yang istimewa buat Panitia Kemahiran Hidup yang diketuai oleh Puan Hajah Zaini Binti Hasan kerana menjadi Panitia Terbaik PMR untuk KRK 2010, kerana mendapat nilai GPMP terbaik sebanyak 1.17 dengan lebih 80% calon KRK mendapat gred A. Begitu juga dengan Panitia Bahasa Melayu (diketuai oleh Puan Rosmawati Zukni) di tempat kedua dengan nilai GPMP sebanyak 1.35 dengan 65% calon KRK mendapat gred A. Perlu saya nyatakan bahawa Puan Chong Kwee Chin dan Cik Noorul Idayu Mohd Nor ialah guru Bahasa Melayu yang mengajar di kedua-dua kelas PMR KRK dan bagi Kemahiran Hidup, guru yang mengajar ialah Puan Norhazlinah Binti Md.Basri dan Encik Mohd Nizam Bin Jamsari.

Berikut ialah senarai nama murid KRK yang mendapat keputusan cemerlang PMR 2010:

8A
1. Gogilan A/L Selvam
2. Mohammad Firdaus Bin Rosman
3. Akmal Qusyairi Bin Roslan
4. Muhammad Addeen Bin Zailee
5. Siti Amanina Binti Norman
6. Sharifah Fitri Shafia Binti Syed Lokman

7A 1B
1. Putera Amirul Haikal Bin Rosli
2. Nornabila Najwa Binti Zuhari
3. So Qing Yi

7A 1C
1. Hazimah Binti Roslan

6A 2B
1. Muhammad Izzuddin Bin Zulfadzly
2. Nurlaila Nabila Binti Jamli
3. Hafiz Bin Ariffin
4. Nuraina Afiqah Binti Khalim
5. Nur Syuhada' Binti Jamaludin
6. Haziq Hamizan Bin Khalim
7. Nurul Fazlinda Binti Jamaludin
8. Law Jia Lee
9. Lee Pik En

7A
1. Malini A/P Rajendiran
2. Yuventhan A/L Ramasamy

Tahniah dan selamat maju jaya. Keretapi anda akan berhenti di stesen seterusnya - SPM 2012.


CIKGU ZAKIAH

-

Wednesday, December 15, 2010

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR

Salam sejahtera,
Keputusan PMR akan diumumkan pada 23 Disember 2010 (Khamis). Semua calon PMR SMK Kulai Besar boleh mendapatkan keputusan di sekolah mulai jam 10 pagi.

Baca pengumuman Kementerian Pelajaran di Berita Harian Online.

Pihak sekolah menasihatkan agar murid-murid mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan - pakaian sopan dan menutup aurat (bagi murid Islam). T-shirt sekolah dan seluar panjang slack digalakkan.

Murid-murid tidak dibenar memakai pakaian yang tidak sopan seperti seluar pendek dan baju tanpa lengan. Seluar jeans juga tidak dibenarkan.

Murid-murid tidak perlu memakai uniform sekolah.

Harap maklum.


CIKGU ZAKIAH

Tuesday, December 14, 2010

Kelas KRK 2011 - tingkatan 1 dan 2 KRK

Salam sejahtera,
Berikut ialah petikan berita dari laman web GPK Pentadbiran SMK Kulai Besar, Encik Azman Bin Safii:

"Sila ambil maklum bahawa cadangan awal untuk menukar kelas KRK Tingkatan 1 dan 2 ke sidang pagi tidak dapat diteruskan. Oleh yang demikian pada sesi persekolahan 2011, semua murid tingkatan 3 kekal bersekolah pada sidang pagi, manakala murid KRK tingkatan 1 dan 2 kekal bersekolah pada sidang petang".


Laman web GPK Pentadbiran SMKKB


Harap maklum.