Tuesday, July 21, 2009

2RK1 PUNYA STORY THIS YEAR

Salam sejahtera pembuka bicara
Kami ke sini ingin bercerita
Kalau terasa buat je selamba
Kapada semua maaf dipinta

Cakap dengannya macam dengan tunggul
Itulah ketua kami Gogilan yang unggul
Bila mangarah buat muka sugul
Kami yang melayan, sumua jadi tolol

Kecil molek orangnya
Ainaizzati namanya
Kalau bercakap, haram tak dengar satu apa
Berjawatan penolong kelas kita

Ang Chee Jian bendahari
Tapi bab kutip duit tak reti-reti
Kalau menjerit, gegar seluruh SMKB
Itulah penolongnya, Law Jia Lee

Manusia ni manis orangnya
Ratu zapin kelas kita
Perangai selamba itulah dia
Laila lah empunya cerita

Inilah pulak cerita Fazelah
Betulkan tudung tak tentu arah
Kalau bercakap entah apa entah
Kita orang pun layan je lah

Keding orangnya
Amanina namanya
Tak banyak story tak banyak cerita
Lulus periksa sejati impiannya

Mereka ni kawan sejati
Seorang rendah, seorang sederhana, seorang tinggi
Itulah mereka Linda, Haziqah and Fitri
8A PMR sejati impian di hati

Dia ni budak pandai kelas kami
Kalau periksa, dia je yang no.1
Itulah dia Malini
Buat kami salalu jeles and cemburu

Nabila, Syuhada, Hazimah, Suhana
Member sejati sepanjang masa
Kalau senyap, sunyi sahaya
Tapi kalau dah memekak, buat sakit kepala

Akmal tak habis dengan tersengeh
Alif pulak buat kerja terhegeh-hegeh
Hafiz, tak tentu arah kalau berpeluh
Tapi mereka tetap selalu bersatu teguh, bercerai roboh

Armizi dan Yurenthan duduk semeja
Selalu gaduh tapi tetap bersama
Cheong Ho pulak lain ceritanya
Hobinya bermain sahaja

Kisha and Shiva prefect KB
Setia menjalankan tugas setiap hari
Wan dan Daus pulak lain ceritanya
Buat kerja tak nak, bebel sahaja

Ee Min ni special sikit
Suaranya buat telinga orang sakit
Illiyin pulak satu penyakit
Bila orang bertanya, mukanya tersenget-senget

Haziq dan Sharil empunya cerita
Hobinya melukis sahaja
Nurul and Aina Afiqah pulak storynya
Ke sana ke mari tak tentu rasa

Tiba masa mengundur diri
Kami pelajar 2RK1 meminta diri
13 putera dan 18 puteri
Pasti boleh dapat 8A PMR nanti

Written by: Sharifah Fitri Shafia bt Syed Lokman =)
Posted By: Lim Ee Min XD