Monday, July 20, 2009

Ceramah Teknik Menjawab Soalan

Salam sejahtera,
Makluman kepada semua pelajar 2RK1 dan 2RK2, program Ceramah Teknik Menjawab Soalan untuk matapelajaran Sains dan Matematik akan bermula esok, 21 Julai 2009 (Selasa). Jadual terkini program adalah seperti berikut:


Pelajar-pelajar diingatkan membawa buku teks dan buku latihan untuk digunakan semasa sesi ceramah, serta menepati masa yang ditetapkan dalam jadual ini.

Saya sedia maklum bahawa anda telah diberitahu tentang kelas anda dicutikan pada hari Rabu, 22 Julai 2009. Ingin saya maklumkan di sini bahawa telah berlaku sedikit kesilapan teknikal. Kelas anda telahpun dicutikan pada Ujian Lisan BM sebelum ini, dan oleh itu kelas anda tidak akan dicutikan lagi pada hari Rabu sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini. Oleh itu, kelas 2RK2 diminta hadir ceramah Teknik Menjawab Soalan sebagaimana yang telah dijadualkan. Saya memohon maaf atas kesilapan maklumat yang telah disampaikan kepada anda.


CIKGU ZAKIAH SHOKHAIMI

No comments: