Friday, July 10, 2009

Hasil kajian antarabangsa untuk bacaan guru

Salam sejahtera,
Saya menemui satu artikel yang ditulis berdasarkan hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik luar negara. Kajian mereka dikatakan adalah kajian pertama di dunia yang berstatus antarabangsa yang dibuat untuk mengetahui tahap kepuasan kerja guru dan bagaimana untuk memperbaiki suasana di tempat kerja guru (sekolah). Kajian yang dijalankan oleh Organisation For Economic Co-Operation and Development (OECD) ini dinamakan Teaching And Learning International Survey (TALIS).

Kajian mereka meliputi 23 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan disebutkan dalam laporan mereka, bahawa secara purata, semua guru di seluruh dunia menghabiskan masa 13% dari waktu mengajar untuk mententeramkan keadaan bilik darjah, dan di Malaysia, guru-gurunya menghabiskan 17% masa untuk tujuan yang sama (di SMKKB agaknya berapa peratus?).

Dalam kata lain, jika guru-guru berasa kerjaya perguruan ini begitu mencabar, ketahuilah bahawa guru-guru di negara-negara lain pun mempunyai pendapat yang sama. Malah, jika kita katakan masalah disiplin kita begitu mencabar kesabaran, guru-guru di 23 buah negara lain pun dua kali lima. So, you are not alone --> Michael Jackson; R.I.P.

Cikgu-cikgu boleh membaca ringkasan laporan kajian mereka di sini --> TALIS Report

Jika ada guru-guru yang ingin tahu lebih lanjut tentang OECD, iaitu organisasi yang mengendalikan kajian ini, boleh layari laman web mereka di sini --> OECD

*Saya akan cuba menterjemahkan ringkasan hasil kajian itu bila ada masa sedikit hujung minggu ini.


Selamat membaca!

CIKGU ZAKIAH

No comments: