Thursday, July 16, 2009

KESAN BURUK PENYALAHGUNAAN DADAH...

Mandi di kali berkain basahan,
Bersembang pula di tepi jemuran,
Mengambil dadah satu kesalahan,
Merosak badan melemahkan fikiran.

Pergi ke Deli jalannya lurus,
Tidak tinggal membeli joran,
Penampilan diri tidak terurus,
Akibatnya gagal dalam pelajaran.

Sinar merah cahaya mentari,
Membakar semangat petani gigih,
Merompak,membunuh dan mencuri,
Sanggup lakukan akibat ketagih.

Terbang rendah burung camar,
Hinggap di dahan hanya seketika,
Menagih dadah maruah tercemar,
Hati ibu bapa terguris luka.

Menangkap ikan menggunakan pukat,
Cuaca redup udara pun nyaman,
Kadar jenayah terus meningkat,
Masyarakat hidup tidaklah aman.

Dari Rompin ke Bandar Tenggara,
Singgah pula membeli tamar,
Hilang pemimpin pewaris negara,
Maruah negara turut tercemar.

Oleh itu rakan-rakan jauhi dadah kerana ia boleh merosakkan kita....

-PUTRI 2RK2-

No comments: