Friday, July 17, 2009

Bayaran Sumbangan

Makluman untuk semua ibu bapa/penjaga murid-murid SMKKB,
Mesyuarat PIBG yang diadakan pada awal tahun ini telah bersetuju supaya semua murid membayar sedikit bayaran sumbangan kepada pihak sekolah untuk pelbagai tujuan seperti yang ditetapkan di bawah:

SUMBANGAN
---
RM20.00 - Kertas Ujian dan Peperiksaan
RM4.00 - MSSM (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia)
RM8.00 - Aktiviti Kokurikulum
RM8.00 - Sukan
RM8.00 - Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
RM10.00 - Majalah (satu naskhah setiap keluarga)

PIBG
---
RM20.00 - Program Kecemerlangan PIBG (satu keluarga)
RM30.00 - Sumbangan Tabung PIBG (satu keluarga)

KOPERASI
---
RM6.00 - Koperasi (murid Tingkatan 1 dan murid baru sahaja)

JUMLAH = RM114.00


Bayaran boleh dijelaskan kepada guru-guru tingkatan melalui anak/anak jagaan masing-masing atau ibu bapa/penjaga juga boleh datang sendiri ke sekolah untuk menjelaskan bayaran. Surat rasmi berkaitan bayaran sumbangan ini telah diedarkan kepada semua murid untuk dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Sekian untuk makluman.

CIKGU ZAKIAH SHOKHAIMI

No comments: