Saturday, July 18, 2009

Ramai Pelajar IPT terlibat jenayah

Nama diberi Nabilah Izzah Noh,tingkatan 2 RK 2 dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar,Johor.Saya berharap anda semua dapat memberikan komen-komen positif di samping membantu saya membaiki penulisan saya ini.Semoga anda dapat memanfaatkn dan mendapat mempelajari nilai-nilai murni dari penulisan saya.Sekian,terima kasih.**segala perkongsian penulisan boleh menghantarkn melalui e-mel saya krk.nabilahizzah@gmail.com.
KUALA LUMPUR – Pembabitan pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam kes jenayah di ibu negara semakin serius terutama melibatkan jenayah dadah diikuti dengan penipuan dan penipuan black money.
Dari Januari hingga Jun tahun ini, seramai 31 pelajar ditahan membabitkan enam pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 25 pelajar IPTS.
“Kes jenayah pelajar termasuk pelajar warga asing semakin serius terutama di kalangan pelajar IPTS. Polis membuat pemantauan berterusan yang melibatkan kumpulan terbabit,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman selepas melancarkan Kempen Unit Kesukarelaan Pencegahan Jenayah dan Rakan Cop di Universti UCSI di sini semalam.
Beliau berkata, pelajar IPTA yang ditahan itu ialah pelajar tempatan manakala daripada 25 pelajar IPTS yang ditahan, 18 ialah penuntut tempatan dan baki pelajar asing.
***pada pendapat saya,pelajar ipt mungkin senang terpengaruh dengan persekitaran baru dan berkemungkinan besar ekonomi negara yang meleset menyebabkan mereka ketandusan kewangan untuk perbelanjaan diri sendiri.Lalu mereka beranggapan dengan menjual dadah dapat mendapatkan perbelanjaan yang lebih.

No comments: