Thursday, July 9, 2009

Jawatankuasa ICT Persatuan KRK

Untuk pengetahuan semua pelajar KRK SMK Kulai Besar, Jawatankuasa ICT dalam Persatuan KRK telah mula bergerak dan berfungsi mulai hari ini (9 Julai 2009). Semua ahli jawatankuasa ICT ini mempunyai email sendiri dan bertanggungjawab menulis artikel untuk laman blog KRK selain mengumpul maklumat dari pelajar-pelajar KRK melalui email.

Semua pelajar dan guru SMKKB (termasuk pelajar bukan KRK dan guru yang tidak mengajar kelas-kelas KRK) digalakkan menulis kepada Penyelaras, Cik Zakiah Shokhaimi atau mana-mana AJK ICT, bagi tujuan penerbitan dalam laman blog atau mengemukakan pandangan bagi meningkatkan kualiti program KRK di SMKKB.

Penulisan boleh dibuat dalam 2 bahasa; Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Berikut ialah bagaimana anda boleh menghubungi ahli-ahli jawatankuasa ICT Persatuan KRK melalui email:

AJK ICT Persatuan KRK
Sek. Men. Keb. Kulai Besar
*Klik pada table untuk paparan lebih besar

Sekian, harap maklum

Cik Zakiah Shokhaimi
Penyelaras KRK SMKKB

No comments: